Rabu, 21 Disember 2011

Soalan kumpulan sederhana

Nyatakan aktiviti berdasarkan gambar diberikan.

Nyatakan aktiviti berdasarkan gambar diberikan.

Quiz

 

Jumaat, 16 Disember 2011

Pilih aktiviti

Nyatakan aktiviti

Nyatakan aktiviti

Quiz

 

Khamis, 15 Disember 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


Mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Tahun
5 Bestari.
Tema
Jalan raya.
Tajuk
Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan raya.
Tarikh
10 November 2011.
Masa
60 minit.
Bilangan murid
25 orang.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
      1. Menyatakan undang-undang dan peraturan jalan raya.
     2.Membina ayat majmuk yang gramatis berdasarkan gambar yang diberi.
Kemahiran:
Fokus Utama 11.2
Mengulas karya bukan sastera dari aspek penggunaan perkataan, idea,ayat,wacana,nilai dan pengajaran.
Aras 1(i)
Menyatakan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.

Fokus sampingan 8.1:
           Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras  2(i):
           Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.

Kemahiran bahasa:
Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sistem bahasa:
Kosa kata
Rangkaikata
Ayat majmuk
Ilmu:
Pendidikan Sivik,Pendidikan Moral, Dunia Muzik
Nilai:
Bekerjasama, baik hati, bertanggungjawab, berani
Kemahiran Bertambah Nilai (KBT):
Kemahiran Berfikir :             
                   Menjana idea.
Kemahiran Belajar  :
Mengumpul, memproses, mencatat, dan melaporkan maklumat.


Kecerdasan Pelbagai :
Interpersonal
Intrapersonal
Kecerdasan Muzik
Verbal-Linguistik

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah biasa dengan peraturan jalan raya.
Bahan Bantu Belajar:
Komputer riba, LCD, Slaid Multimedia, ‘Minus One’, Lembaran kerja, kad manila
Langkah-langkah pengajaran                                  


Langkah/Masa
Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan
Set Induksi
( 5 minit)
Senikata lagu
“Hati-hati di jalan raya”
1.    Guru bersoal jawab mengenai peraturan jalan raya.  

2.    Murid membaca senikata
        lagu yang diberi.

3.    Murid mendengar sambil
         menyanyikan lagu tersebut.
         
K.Pelbagaian
- Muzik
- Ruang

K.Belajar
- Mendengar

Nilai murni
-Bertanggungjawab
Langkah 1
( 10 minit )
Senikata lagu”Hati-hati di jalan raya”
1.    Bersoal jawab berdasarkan senikata lagu tersebut.

2.    Guru mengaitkan beberapa peraturan jalan raya dengan pengetahuan sedia ada murid.

BBB:Senikata lagu

Tatabahasa:
Ayat Tanya

K.Belajar: Menjana idea

Kaedah : Kelas dan individu

Nilai murni: Patuhi peraturan

Langkah 3
(20 minit)
Kad gambar
Lembaran kerja
1.    Guru mengedarkan kad gambar dan kad manila untuk aktiviti dalam kumpulan.

2.    Murid diminta berbincang cara-cara menggunakan jalan raya dengan selamat dalam kumpulan masing-masing berdasarkan gambar yang diberikan oleh guru.

3.     Ketua kumpulan diminta membentangkan hasil dapatan berdasarkan gambar yang diberi dalam bentuk ayat yang lengkap
dan gramatis.


4.    Murid menulis semula ayat yang betul yang diberikan oleh guru di  atas lembaran kerja.
BBB : Kad manila
kad gambar
Sistem bahasa : Ayat majmuk

K.Belajar : Mengumpul maklumat

K.Pelbagai : Visual ruang

Verbal linguistik
Kaedah : Kelas dan individu

Nilai : Berani
Penutup
(10 minit)
Lagu “Hati-hati di jalan raya”








1.      Murid menyanyikan semula lagu “Hati-hati di jalan raya dengan iringan muzik.

2. Guru membuat rumusan dengan menunjukkan carta mengenai lain-lain peraturan jalan raya yang patut murid ketahui.


K. Belajar : Mengumpul maklumat
Mendengar

K.Pelbagai: Kecerdasan muzik